Wednesday, October 7, 2015

PROFAIL USTAZ THOHA HASSAN

Ustaz Thoha atau nama penuhnya Mohamad Taha bin Hj Hassan

Dilahirkan pada 26 April 1981 dan berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan putera kepada al-Fadhil Ustaz Tan Sri Hj. Hassan Azhari yang terkenal dengan sumbangan beliau yang besar dalam bidang tajwid dan tarannum al-Quran. Bercita-cita mengikut jejak ayahandanya, Ustaz Taha yang telah melanjutkan pelajarannya sehingga berjaya beroleh Diploma dalam tiga bidang iaitu al-Quran dan Sunnah (KISDAR), Tafsir wa Ulum al-Quran (MADEWA) dan Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (Universiti Zamalik, Mesir).
Sifat yang dahagakan ilmu mendorong beliau meneruskan pelajarannya ke peringkat ijazah Usuluddin Tafsir wa Ulum al-Quran dan telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana Usuluddin Hadith di Universiti al-Azhar, Mesir.
Dalam kesibukan menuntut ilmu beliau turut mengambil peluang mendapatkan sanad al-Quran dan Hadith dari beberapa orang Sheikh termasuk ayahandanya sendiri. Antara guru talaqqi beliau adalah Sheikh Mahmud Amin Tantawi, Sheikh Hafiz Sani’, Sheikh Jabir al-Shafie dan Sheikh Muhammad Said Mamduh.

Beliau juga mempunyai kelas pengajian Al Quran nya sendiri.

Terlibat dengan berbagai program antaranya Kelas Mengaji Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah

5 comments: