Friday, February 17, 2017

Umrah Keluarga

Lama rasanya tak update blog ni, kesibukan mengurus jemaah dan juga beberapa urusan lain menyebabkan kekangan masa.

Berbeza dari 10 tahun atau mungkin 5 tahun dahulu, rata-rata hari ini jarang sekali jemaah pergi berseorangan atau sekadar suami isteri. Hari ini kebanyakan nya pergi secara berkeluarga, ibu bapa membawa anak-anak, manakala anak-anak pula membawa ibu bapa. Alhamdulillah satu perkembangan yang sangat sihat.

Sungguhpun begitu antara yang menjadi perkiraan paling penting, khususnya buat anak-anak yang membawa ibu bapa yang agak uzur adalah jarak antara hotel dan masjid, khususnya di Makkah. Dalam masa mereka mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa kedua ibu bapa tersayang, mereka juga cuba mempastikan keselesaan mereka. Kaedah biasanya untuk pakej umrah ini makin dekat hotel makin mahal lah harganya..




Menyedari hakikat ini, dan dengan hasrat untuk membantu keluarga ini menunaikan umrah dengan hotel yang dekat tetapi pada kadar harga yang mampu, kami mempelopori Pakej Umrah Keluarga (Umrah Family). Asas kepada pakej ini adalah

1. Semua yang tinggal sebilik MESTILAH MAHRAM antara satu sama lain.

2. Konsep asas nya juga adalah seperti kita balik kampong ketika musim perayaan. Balik rumah ibubapa dan apabila waktu tidurnya, ada yang tidur di ruang tamu, di beranda dan lain-lain. Maknanya bilangan katil TIDAK SAMA dengan bilangan penghuni bilik tersebut.

3. Makan sendiri di Makkah. Tiada makanan disediakan kecuali sarapan. Di Madinah full board. Kenapa?? Dihotel 5 bintang tidak dibenarkan catering luar, nak ambil bilik dengan full board harganya mahal, sehingga SR150 sehari untuk seorang. Sedangkan nilai yang kita makan tu tak sampai pun SR30. Dan di Makkah ada banyak restoren...termasuklah restoren Dsaji yang menyediakan makanan Malaysia. Berbeza di Madinah yang agak sukar untuk mencari tempat makan..

4. Harga yang diberi adalah harga "sefamily", bukan harga individu. Maka kerana itu, setiap pertanyaan berkatan Umrah Family ini mestilah disertakan dengan :
      a) Jumlah ahli keluarga
      b) Umur jika ada kanak-kanak atau infant
      c) Bilangan lelaki dan perempuan





Untuk menjayakan pakej ini kami akan menggunakan hotel Retaj Al Bayt Suites di Makkah. Hotel 5 bintang ini terletak betul-betul dihadapan Masjidil Haram didalam Menara Zamzam. Hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel didalam menara jam ini yang mempunyai lift terus ke tingkat bawah tanpa melalui "transit lift".

Jenis bilik yang digunakan adalah "duplex suite", Bilik 2 tingkat dimana ditingkat atas terdapat katil dan bilik air. Ditingkat bawah pula terdapat sofa, meja makan, pantry dan satu lagi bilik air. AC dan TV terdapat disetiap tingkat. Dengan perkataan lain. sebuah bilik mewah dan selesa.
Retaj Suite - ruang tamu tingkat bawah

Retaj Suite - tingkat atas. Ruang tidur


Meja makan, sofa dan pantry, tingkat bawah

Lift terus ke ground floor dan dataran masjid


Di Madinah kami menggunakan hotel Royal Makarem yang terletak sekitar 100m dari Masjid Nabawi. Strategiknya lokasi hotel ini adalah kerana letaknya di pintu 25 masjid ini yang merupakan pintu masuk utama kaum wanita. 






Kami juga menawarkan 2 jenis pakej Umrah Family ini 

1. Umrah Family Group Departure
Family akan pergi dengan family yang lain, berkongsi bas, dan semua sessi sepanjang perjalanan     musafir ini. Jadual adalah seperti yang telah ditetapkan oleh kami.

2. Umrah Family Private
Hanya family ini sahaja, maka jadualnya fleksibel. Ahli keluarga boleh mengubahsuai jadual ikut kesesuaian. 

Hasrat kami membantu keluarga untuk menunaikan umrah dalam keadaan yang selesa tetapi mampu. Dengan sedikit pengorbanan "tidur tanpa katil", jemaah akan tinggal dihotel yang menjadi idaman setiap jemaah umrah...hotel dikaki masjid dan dalam harga yang mampu untuk dimiliki.

Boleh lihat detail dan tawaran dari masa kesemasa

www.facebook.com/umrahfamily
www.umrahselesa2u.com

Harapan kami dengan penyediaan Pakej Umrah Family ini akan lebih ramai anak-anak yang akan membawa ibubapa menunaikan umrah kerana tahu bahawa telah tersedia sebuah pakej yang sangat sesuai untuk setiap keluarga...Umrah Family

Opsss...ada lagi. Kalau berminat kami boleh mengaturkan ziarah untuk family anda ke Taif, insha Allah

Enjoy gambar-gambar di Taif ni...sikit je ni






Semoga bermanafaat.







4 comments:

  1. Asalamualaikum, Soalan saya. 1. Berapakah maksimum bilangan ahli keluarga yang boleh menginap di hotel Retaj Al Bayt Suites dan Hotel Royal Makarem.

    ReplyDelete
  2. Moga dapat pergi tahun depan..aamiin..agak2 brp bajet ye nak bawak family dalam 10 org lebih krg.termasuk belanja lain

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...nak tanya berapa bjet untuk 5 termsuk belanja lain

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Kami bercadang nak pergi umrah tahun 2021. 8 deewasa, 1 kanak-kanak dan 1 baby. Berapa kos nya?

    ReplyDelete