Saturday, October 24, 2015

UMRAH BERSAMA MASJID AL ISTIQAMAH SG MERAB KAJANG


Program ini merupakan program 2/3 tahun sekali yang dianjurkan oleh Masjid al Istiqamah Sg Merab. Program pertama yang telah diadakan pada bulan Mac 2013 telah membawa seramai 65 orang jemaah masjid serta keluarga dan juga 25 orang sahabat-sahabat dari luar.

Pada program kali ini, cadangan pakej adalah seperti berikut :

Sektor penerbangan :
Kuala Lumpur - Jeddah  (masuk Mekah, umrah dahulu)
Madinah Kuala - Kuala Lumpur (balik dari Madinah)

Tarikh  :  3 - 14 Feb 2016 (cuti raya cina) - Pakej 12 hari 10 malam

Harga : Bermula dari RM6,550 - tertakluk kepada perubahan nilai ringgit

Hotel : Mekah - Haneen Firdous - 280 meter dari Masjidil Haram



Hotel Madinah : Fayroz Shatta, terletak dipintu masuk ruang solat wanita




Kepada yang berminat boleh hubungi Hj Rosli Pengerusi Masjid 013-308 8982

Thursday, October 8, 2015

MASJID SEKITAR MADINAH

Antara program yang diadakan di Madinah nanti adalah lawatan ke masjid-masjid yang ada disekitar kota ini. Terdapat 2 masjid yang pasti akan di lawati :

MASJID QUBA'

Masjud Quba' dibina pada tahun 622M iaitu semasa penghijrahan Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah. Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah SAW apabila tiba di Madinah adalah dengan mendirikan masjid ini.

Firman Allah SWT dalam surah Taubah ayat 108 :

"...sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"

Kelebihan Masjid Quba'

Masjid Quba'
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasullullah SAW selalu datang ke masjid Quba' ini pada hari setiap Sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasullullah SAW datang pada hari Isnin dan Khamis

"Sesiapa yang wudhu' dirumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' untu bersolat, akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" (HR Ibnu Majah)




MASJID QIBLATA'IN

Masjid Qiblata'in

Dinamakan sebagai Masjid Qiblatai'n kerana masjid ini mempunyai dua arah kiblat. Kiblat pertamanya adalah menghadap arah Baitul Maqdis (Masjid al Aqsa) tetapi kemudiannya Allah SWT telah mengarahkan Nabi Muhammad SAW menukar arah qiblatnya ke arah Masjidil Haram (Kaabah) dan kekal hingga kehari ini.

Sebagaimana, firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 144

"Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu menadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu kearahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan"





Wednesday, October 7, 2015

UMRAH BERSAMA USTAZ THOHA DISEMBER 2015


Jom umrah bersama saya pada cuti sekolah Disember 2015.
Tarikh : 4 - 15 Dis 2015 - Pakej 12H/10M
Harga : Pakej Ekonomi - dari RM6,750
Pakej Selesa - dari RM7,990
Baki seat : 13 sahaja
➨ KEISTIMEWAAN PAKEJ INI:
✔ Bersama saya UST THOHA dari awal hingga akhir pakej
✔ Siri Kuliah Agama
✔ Kursus Umrah Percuma
✔ Perlindungan Takaful
✔ Ziarah Makkah Madinah
✔ Tempoh Pakej 12H/10M
✔ Pembayaran deposit RM1000 semasa pendaftaran
✔ Pembayaran Penuh Sebulan sebelum bertolak
HOTEL
Pakej Ekonomi - Mekah Haneen Firdous atau setaraf
Madinah Mukhtara Int. atau setaraf
Pakej Selesa Mekah Moevenpick atau setaraf
Madinah Al Ansar Golden atau setaraf
HARGA PAKEJ TERMASUK
* Tiket penerbangan kelas ekonomi
* Makanan
Pakej Ekonomi - full board
Pakej Selesa - Madinah full board
Mekah - sarapan dan makan malam sahaja
Maklumat lanjut sila hubungi :
Ust Thoha - 010 579 7975
Aziyan - 014 355 3848
Abdullah - 019 776 1702

PROFAIL USTAZ THOHA HASSAN

Ustaz Thoha atau nama penuhnya Mohamad Taha bin Hj Hassan

Dilahirkan pada 26 April 1981 dan berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan putera kepada al-Fadhil Ustaz Tan Sri Hj. Hassan Azhari yang terkenal dengan sumbangan beliau yang besar dalam bidang tajwid dan tarannum al-Quran. Bercita-cita mengikut jejak ayahandanya, Ustaz Taha yang telah melanjutkan pelajarannya sehingga berjaya beroleh Diploma dalam tiga bidang iaitu al-Quran dan Sunnah (KISDAR), Tafsir wa Ulum al-Quran (MADEWA) dan Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (Universiti Zamalik, Mesir).
Sifat yang dahagakan ilmu mendorong beliau meneruskan pelajarannya ke peringkat ijazah Usuluddin Tafsir wa Ulum al-Quran dan telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana Usuluddin Hadith di Universiti al-Azhar, Mesir.
Dalam kesibukan menuntut ilmu beliau turut mengambil peluang mendapatkan sanad al-Quran dan Hadith dari beberapa orang Sheikh termasuk ayahandanya sendiri. Antara guru talaqqi beliau adalah Sheikh Mahmud Amin Tantawi, Sheikh Hafiz Sani’, Sheikh Jabir al-Shafie dan Sheikh Muhammad Said Mamduh.

Beliau juga mempunyai kelas pengajian Al Quran nya sendiri.

Terlibat dengan berbagai program antaranya Kelas Mengaji Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah

UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2015 - DILEMA MATAWANG

Assalamualaikum WBH

Buat bakal-bakal jemaah umrah sekelian. Insya Allah tak berapa lama lagi musim umrah baru akan bermula, dijangkakan akan bermula sekitar 20hb November nanti.

Walau bagaimanapun, nampaknya musim umrah pada kali ini akan menjadi sangat mencabar, khususnya kepada syarikat-syaraikat pengendali pakej umrah. Kadar matawang yang tidak stabail dan kejatuhan nilai ringgit yang sangat teruk tentunya menjejaskan operasi umrah.

Selain dari tiket kapalterbang dan kit umrah, kos lain-lain nya adalah melibatkan matawang Riyal. Riyal pula di"peg" kepada USD dengan kadar USD1 = SR3.75, maka tentunya kejatuhan nilai RM berbanding USD akan memberikan impak yang besar.

Jika sebelum ini SR1 terletak antara 85-95 sen, hari ini SR1 terletak antara RM1.10 - RM1.20. Jika awal tahun ini harga hotel SR400 semalam bersamaan dengan RM360, tetapi hotel yang sama dengan rate yang sama berharga RM480 semalam.

Bukan sekadar hotel, bas, makanan dan lain-lain yang melibatkan SR akan meningkat.

Didalam menangani ketidaktentuan ini, kami mengambil keputusan untuk mengadakan SATU rombongan sahaja pada Disember ini. Tarikh yang dicadangkan adalah sekitar antara 1 - 4hb Disember. Rombongan ini akan dipimpin dan dibimbing sendiri oleh Ustaz Thoha atau nama penuhnya Mohamad Taha bin Hassan, putera kepada Tan Sri Hassan Azahari, Guru Quran terulong dinegara kita ini.