Wednesday, October 7, 2015

UMRAH CUTI SEKOLAH DISEMBER 2015 - DILEMA MATAWANG

Assalamualaikum WBH

Buat bakal-bakal jemaah umrah sekelian. Insya Allah tak berapa lama lagi musim umrah baru akan bermula, dijangkakan akan bermula sekitar 20hb November nanti.

Walau bagaimanapun, nampaknya musim umrah pada kali ini akan menjadi sangat mencabar, khususnya kepada syarikat-syaraikat pengendali pakej umrah. Kadar matawang yang tidak stabail dan kejatuhan nilai ringgit yang sangat teruk tentunya menjejaskan operasi umrah.

Selain dari tiket kapalterbang dan kit umrah, kos lain-lain nya adalah melibatkan matawang Riyal. Riyal pula di"peg" kepada USD dengan kadar USD1 = SR3.75, maka tentunya kejatuhan nilai RM berbanding USD akan memberikan impak yang besar.

Jika sebelum ini SR1 terletak antara 85-95 sen, hari ini SR1 terletak antara RM1.10 - RM1.20. Jika awal tahun ini harga hotel SR400 semalam bersamaan dengan RM360, tetapi hotel yang sama dengan rate yang sama berharga RM480 semalam.

Bukan sekadar hotel, bas, makanan dan lain-lain yang melibatkan SR akan meningkat.

Didalam menangani ketidaktentuan ini, kami mengambil keputusan untuk mengadakan SATU rombongan sahaja pada Disember ini. Tarikh yang dicadangkan adalah sekitar antara 1 - 4hb Disember. Rombongan ini akan dipimpin dan dibimbing sendiri oleh Ustaz Thoha atau nama penuhnya Mohamad Taha bin Hassan, putera kepada Tan Sri Hassan Azahari, Guru Quran terulong dinegara kita ini.



No comments:

Post a Comment