Thursday, October 8, 2015

MASJID SEKITAR MADINAH

Antara program yang diadakan di Madinah nanti adalah lawatan ke masjid-masjid yang ada disekitar kota ini. Terdapat 2 masjid yang pasti akan di lawati :

MASJID QUBA'

Masjud Quba' dibina pada tahun 622M iaitu semasa penghijrahan Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah. Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah SAW apabila tiba di Madinah adalah dengan mendirikan masjid ini.

Firman Allah SWT dalam surah Taubah ayat 108 :

"...sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"

Kelebihan Masjid Quba'

Masjid Quba'
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasullullah SAW selalu datang ke masjid Quba' ini pada hari setiap Sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasullullah SAW datang pada hari Isnin dan Khamis

"Sesiapa yang wudhu' dirumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' untu bersolat, akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" (HR Ibnu Majah)




MASJID QIBLATA'IN

Masjid Qiblata'in

Dinamakan sebagai Masjid Qiblatai'n kerana masjid ini mempunyai dua arah kiblat. Kiblat pertamanya adalah menghadap arah Baitul Maqdis (Masjid al Aqsa) tetapi kemudiannya Allah SWT telah mengarahkan Nabi Muhammad SAW menukar arah qiblatnya ke arah Masjidil Haram (Kaabah) dan kekal hingga kehari ini.

Sebagaimana, firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 144

"Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu menadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu kearahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan"





No comments:

Post a Comment