Friday, October 21, 2016

Visa umrah SR2,000

Sekarang sudah pasti rasanya bayaran untuk visa umrah kali kedua sebanyak SR2,000 itu akan dilaksanakan. Mengharapkan yang sebaliknya...bukan mustahil tetapi terlalu tipis harapan nya walaupun masih kedengaran beberapa negara masih merayu kepada Raja Arab Saudi untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Jadi untuk menjelaskan sedikit sebanyak kekeliruan jika ada, saya cuba ringkaskan sahaja,

"Kalau anda pernah pergi umrah pada tahun 2014M(bersamaan 1435H), 2015(bersamaan1436H) dan 2016(bersamaan 1437H), maka anda adalah orang yang terlibat dan "terkena" bayaran visa SR2,000 ini, perhatikan betul2, bukan RM ye, Saudi Riyal"

Yang lain-lain tu tak payah ambik tahu lah, tak berkaitan sangat dengan kita pun.

Apa kesannya...kos umrah akan naik lebih kurang 30% - 45%. Contoh, kalau harga pakej umrah RM6,000 dan ada kena bayar visa umrah sebanyak RM2,300, maka pakej umrah anda akan menjadi RM8,300..huhuhu. Kalau pakej paling murah RM5,000, anda kena bayar duit visa hampir 50% dari harga pakej...Allahu.. banyak tu

Yang kesian sangat sebenarnya mereka yang telah benar-benar berhasrat untuk pergi ke Mekah pada awal musim ni, dah kumpul duit lepas balik dari umrah tahun 2014 dulu, hasrat dihati tiga tahun sekali nak pergi umrah. Kalau seorang mungkin ada ampun nya lagi, tapi kalau satu keluarga seramai 5 orang, bayangkan nak cari bajet tambahan hampir RM11,000 dalam masa yang singkat..maka keputusan akhirnya batal...



Mungkin ada orang kata, yang pergi umrah ni orang banyak duit, so no problem lah. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah pergi umrah, jika boleh sampai je di Malaysia, dah plan nak pergi lagi...kenapa ...tanyalah mereka. Rindunya menjadi tetamu Allah ini, hanya mereka yang pernah menjadi tetamu Nya sahaja yang memahaminya.

Kepada pengendali pakej umrah, ini juga merupakan cabaran yang besar. Menjelaskan kepada para jemaah yang telah mendaftar dan yang lebih memeningkan kepala apabila jemaah ambil keputusan membatalkan pemergian. Booking dan deposit tiket dah bayar, ada yang dah bayar deposit hotel, bukan mudah nak cari pengganti, apatah lagi pakej-pakej yang tarikh keberangkatannya sekitar pertengahan November ini...

Gambar-gambar terkini di Masjidil Haram...semoga dipermudahkan hajat kita untuk sampai kesini


Tingkat atas




Hanya Allah yang tahu rahmat disebalik keputusan kerajaan Saudi ini..

Semoga bermanafaat...


Wednesday, October 12, 2016

Musim baru umrah 1438H - Tips pemilihan pakej

TIP 1 - Pemilihan flight


Flight yang selesa tentulah direct flight, dan didalam direct flight ini pun ada perbezaannya. Samada direct flight Kuala Lumpur - Jeddah - Kuala Lumpur, atau Kuala Lumpur - Madinah, Jeddah Kuala Lumpur, ataupun Kuala Lumpur Jeddah, Madinah Kuala Lumpur.



Untuk itinerary begini, flight yang ada hanyalah Saudia atau charter flight MAS.

Walau bagaimanapun, kita boleh memilih syarikat penerbangan Arab sebagai alternatif. Walaupun penerbangan transit, tetapi perjalanannya sangat selesa. Kalau Emirates transit di Dubai, Etihad transit di Abu Dhabi dan kalau Qatar transit di Doha. Pengalaman peribadi saya, jika nak masuk Mekah dan terus menunaikan umrah, ada baiknya penerbangan transit Arab ni. Kita tak perlu berpakaian ihram di KLIA tapi boleh memakai ihram di airport transit tersebut, jadi taklah lama sangat pakai ihram yang agak tidak menyelesakan khususnya bagi orang lelaki.



Jika boleh elakkan penerbangan dari negara-negara seperti Pakistan, Bangladesh atau yang setaraf dengannya. Biasanya, flight ini akan transit bermalam di negara mereka dan kadang-kadang connection flight delay. Ini tentunya menyusahkan para jemaah dan boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Kelebihannya...harga nya agak murah. Maka jika ada masaalah yang timbul, maka para jemaah kenalah banyak-banyak bersabar....dugaan. Jangan sampai hilang mood untuk menunaikan umrah ya...

Tip 2 - Hotel

Pilih hotel yang paling dekat didalam kemampuan anda. Lokasi hotel sedikit sebanyak akan menyumbang kepada keupayaan anda untuk berulang alik beribadah ke masjid. Jika mampu, boleh duduk dihotel sekitar Zamzam Tower, mahal...memang mahal tetapi jika kudrat kita makin berkurangan, inilah pilihan yang ada.

Zamzam Tower. Hotel Pullman, Moevenpick, Raffles dan beberapa lagi


Penting juga untuk diketahui dibelah mana hotel yang dikatakan itu. Kalau dikawasan Ajyad, kalau dari pintu King Abd Aziz, kawasan ini terletak disebelah kiri apabila keluar masjid, adakah hotel itu terletak dikawasan bukit kerana kebanyakan hotel dikawasan tersebut memang terletak dikawasan bukit. Apatah lagi kalau berkerusi roda, elakkan lah hotel-hotel dikawasan seperti ini.

Yang agak landai adalah kawasan Misfalah, kawasan dibelakang Hilton lama. Maka jika rasanya kudrat makin berkurangan, carilah pakej dengan hotel-hotel nya dikawasan Misfalah ini.

Antara hotel yang saya selalu gunakan..

Burj Al Sultan, Makkah kawasan Misfalah


Royal Makarem, Madinah


Tip 3 - Makanan

Kebanyakan pakej menyediakan makanan 3 kali sehari, yang tersembunyi dan tak diberitahu adalah sajian nya. Seperti kita menempah perkhidmatan catering disini, yang ada berbagai kategori, begitu juga di Mekah dan Madinah ini. Maka bertanya lah kepada penyedia pakej tentang sajian makanan mereka. Cakap mudahnya, semakin murah harga pakej, tentunya kita boleh jangka sajian makanan nya. Saya berpengalaman bagaimana pakej hanya menyediakan sarapan berupa nasi putih, sup, sambal dan telor rebus sahaja selama 10 hari...roti pun tak ada... Wallahua'lam, bukan pakej harga murah pun..RM6500 tu. Kesian dengan para jemaah nya...


Catering di Makkah


Kesimpulan

Jangan melihat kemurahan harga pakej sahaja, pastikan jenis penerbangan, lokasi dan jarak hotel dan juga sajian makanan. Tuan/Puan berhak untuk tahu apa yang kita beli...

Biar menang membeli dan menang memakai. Bila tiba disana, penyesalan dah tiada gunanya...

Semoga bermanafaat...

Hotel Dekat Vs Hotel Jauh

Lokasi hotel merupakan salah satu elemen penting didalam pemilihan dan seterusnya harga sesebuah pakej umrah. Selain tiket penerbangan, kos hotel adalah penyumbang kedua terbesar kepada keseluruhan kos umrah. Yang pastinya para jemaah akan mencari hotel yang seberapa hampir dengan Masjidil Haram. Di Madinah tidak menjadi masaalah kerana kebanyakan hotel disekitar Masjid Nabawi. Walau bagaimanapun di Mekah tiada hotel murah yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram, paling-paling dekat pun sekitar 200-250 m.

Lokasi hotel sekitar Masjidil Haram

Kebanyakan jemaah mengharapkan penyedia pakej menggunakan hotel yang dekat tetapi pada harga yang jimat...malang nya itulah yang tidak dapat dipenuhi oleh penyedia pakej. Makin dekat hotel itu dengan masjid, makin mahal lah harganya. Itu tak termasuk lagi harga yang melambong tinggi waktu Ramadhan dan peak season bulan Nov hingga Feb.

Walau bagaimanapun kami cuba mencari sedikit alternatif kepada pilihan ini. Kami menawarkan kepada para jemaah untuk menggunakan Hotel Retaj Al Bayt yang terletakdi ZamZam Tower di Mekah dengan kombinasi hotel Royal Makarem di Madinah. Berkaitan makanan pula, jemaah akan disediakan full board di Madinah, manakala di Mekah hanya sarapan sahaja. (Walau bagaimanapun pakej makanan ini ada beberapa pilihan lagi, bergantung kepada kemampuan jemaah).





Harganya mungkin lebih mahal sekitar RM1,000 seoarang untuk bilik berempat, tetapi apalah yang nak dibandingkan nilai RM1,000 itu dengan keselesaan untuk pergi ke masjid. Mungkin ada yang beranggapan tak perlulah hotel mahal begitu, kebanyakan masa kita berada di masjid. Mungkin benar, tetapi apabila kudrat dan tenaga semakin berkurangan, makan pula dah tak berapa nak lalu,baru kita tahu betapa jarak antara hotel dan masjid itu sangat mempengaruhi sebenarnya. Kadang-kadang tu terjumpa kawan-kawan di masjid, sambil bertanya awak duduk hotel mana..kawan tu pun jawab..tu dalam menara jam tu. Kita tanya lagi, berapa harganya? Dia kata sekian-sekian...lah beza RM1,000 je dengan hotel aku yang kat belakang tu ....dalam hati lah kut. Waktu ini penyesalan dah tiada maknanya tuan/puan.

Bilik duplex, ruang tamu dibawah dan bilik diatas.
Dibawah dan diatas ada bilik air masing.




Juga, walaupun kita dok kata mahal lah, bukan mudah sebenarnya untuk booking hotel begini, terutamanya waktu peak season. Maka perancangan awal sangat diperlukan. Lokasi yang dekat, kemudahan dan prasarana yang baik, tempat makan dan shopping menjadikan hotel-hotel ini pilihan utama orang-orang Arab dan lain-lain negara seperti Singapura, Brunai dan sebahagian pakej dari Indonesia.

Makanya jika tuan/puan bercadang untuk menunaikan umrah dengan hotel yang dekat begini, rancanglah dari awal dan berbincanglah dengan agensi tuan/puan atau dengan kami pun sangat dialu-alukan.

Semoga bermanafaat...