Friday, October 21, 2016

Visa umrah SR2,000

Sekarang sudah pasti rasanya bayaran untuk visa umrah kali kedua sebanyak SR2,000 itu akan dilaksanakan. Mengharapkan yang sebaliknya...bukan mustahil tetapi terlalu tipis harapan nya walaupun masih kedengaran beberapa negara masih merayu kepada Raja Arab Saudi untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Jadi untuk menjelaskan sedikit sebanyak kekeliruan jika ada, saya cuba ringkaskan sahaja,

"Kalau anda pernah pergi umrah pada tahun 2014M(bersamaan 1435H), 2015(bersamaan1436H) dan 2016(bersamaan 1437H), maka anda adalah orang yang terlibat dan "terkena" bayaran visa SR2,000 ini, perhatikan betul2, bukan RM ye, Saudi Riyal"

Yang lain-lain tu tak payah ambik tahu lah, tak berkaitan sangat dengan kita pun.

Apa kesannya...kos umrah akan naik lebih kurang 30% - 45%. Contoh, kalau harga pakej umrah RM6,000 dan ada kena bayar visa umrah sebanyak RM2,300, maka pakej umrah anda akan menjadi RM8,300..huhuhu. Kalau pakej paling murah RM5,000, anda kena bayar duit visa hampir 50% dari harga pakej...Allahu.. banyak tu

Yang kesian sangat sebenarnya mereka yang telah benar-benar berhasrat untuk pergi ke Mekah pada awal musim ni, dah kumpul duit lepas balik dari umrah tahun 2014 dulu, hasrat dihati tiga tahun sekali nak pergi umrah. Kalau seorang mungkin ada ampun nya lagi, tapi kalau satu keluarga seramai 5 orang, bayangkan nak cari bajet tambahan hampir RM11,000 dalam masa yang singkat..maka keputusan akhirnya batal...



Mungkin ada orang kata, yang pergi umrah ni orang banyak duit, so no problem lah. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah pergi umrah, jika boleh sampai je di Malaysia, dah plan nak pergi lagi...kenapa ...tanyalah mereka. Rindunya menjadi tetamu Allah ini, hanya mereka yang pernah menjadi tetamu Nya sahaja yang memahaminya.

Kepada pengendali pakej umrah, ini juga merupakan cabaran yang besar. Menjelaskan kepada para jemaah yang telah mendaftar dan yang lebih memeningkan kepala apabila jemaah ambil keputusan membatalkan pemergian. Booking dan deposit tiket dah bayar, ada yang dah bayar deposit hotel, bukan mudah nak cari pengganti, apatah lagi pakej-pakej yang tarikh keberangkatannya sekitar pertengahan November ini...

Gambar-gambar terkini di Masjidil Haram...semoga dipermudahkan hajat kita untuk sampai kesini


Tingkat atas




Hanya Allah yang tahu rahmat disebalik keputusan kerajaan Saudi ini..

Semoga bermanafaat...


No comments:

Post a Comment