Lokasi hotel merupakan salah satu elemen penting didalam pemilihan dan seterusnya harga sesebuah pakej umrah. Selain tiket penerbangan, kos hotel adalah penyumbang kedua terbesar kepada keseluruhan kos umrah. Yang pastinya para jemaah akan mencari hotel yang seberapa hampir dengan Masjidil Haram. Di Madinah tidak menjadi masaalah kerana kebanyakan hotel disekitar Masjid Nabawi. Walau bagaimanapun di Mekah tiada hotel murah yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram, paling-paling dekat pun sekitar 200-250 m.
Lokasi hotel sekitar Masjidil Haram |
Kebanyakan jemaah mengharapkan penyedia pakej menggunakan hotel yang dekat tetapi pada harga yang jimat...malang nya itulah yang tidak dapat dipenuhi oleh penyedia pakej. Makin dekat hotel itu dengan masjid, makin mahal lah harganya. Itu tak termasuk lagi harga yang melambong tinggi waktu Ramadhan dan peak season bulan Nov hingga Feb.
Walau bagaimanapun kami cuba mencari sedikit alternatif kepada pilihan ini. Kami menawarkan kepada para jemaah untuk menggunakan Hotel Retaj Al Bayt yang terletakdi ZamZam Tower di Mekah dengan kombinasi hotel Royal Makarem di Madinah. Berkaitan makanan pula, jemaah akan disediakan full board di Madinah, manakala di Mekah hanya sarapan sahaja. (Walau bagaimanapun pakej makanan ini ada beberapa pilihan lagi, bergantung kepada kemampuan jemaah).
Harganya mungkin lebih mahal sekitar RM1,000 seoarang untuk bilik berempat, tetapi apalah yang nak dibandingkan nilai RM1,000 itu dengan keselesaan untuk pergi ke masjid. Mungkin ada yang beranggapan tak perlulah hotel mahal begitu, kebanyakan masa kita berada di masjid. Mungkin benar, tetapi apabila kudrat dan tenaga semakin berkurangan, makan pula dah tak berapa nak lalu,baru kita tahu betapa jarak antara hotel dan masjid itu sangat mempengaruhi sebenarnya. Kadang-kadang tu terjumpa kawan-kawan di masjid, sambil bertanya awak duduk hotel mana..kawan tu pun jawab..tu dalam menara jam tu. Kita tanya lagi, berapa harganya? Dia kata sekian-sekian...lah beza RM1,000 je dengan hotel aku yang kat belakang tu ....dalam hati lah kut. Waktu ini penyesalan dah tiada maknanya tuan/puan.
Bilik duplex, ruang tamu dibawah dan bilik diatas. Dibawah dan diatas ada bilik air masing. |
Juga, walaupun kita dok kata mahal lah, bukan mudah sebenarnya untuk booking hotel begini, terutamanya waktu peak season. Maka perancangan awal sangat diperlukan. Lokasi yang dekat, kemudahan dan prasarana yang baik, tempat makan dan shopping menjadikan hotel-hotel ini pilihan utama orang-orang Arab dan lain-lain negara seperti Singapura, Brunai dan sebahagian pakej dari Indonesia.
Makanya jika tuan/puan bercadang untuk menunaikan umrah dengan hotel yang dekat begini, rancanglah dari awal dan berbincanglah dengan agensi tuan/puan atau dengan kami pun sangat dialu-alukan.
Semoga bermanafaat...
No comments:
Post a Comment