Sunday, March 22, 2015

Pembuka Kata

Assalamualaikum WBH

Bersyukor ke hadrat Allah kerana saya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat blog ini. Sebuah blog yang saya bina khusus untuk membantu seramai orang yang mungkin dalam membuat keputusan untuk menunaikan Umrah.

Disamping mempromosikan pakej-pakej umrah MinHakim Travels Sdn Bhd, saya juga berharap bakal-bakal jemaah lebih memahami selok belok pengurusan Umrah melalui penerangan-penerangan yang akan diberi.

Semenjak awal bila kami bercadang untuk memulakan projek umrah ini, kami berazam untuk memberi yang terbaik buat jemaah kami, dengan perkataan lain kami berazam memberikan KESELESAAN buat jemaah yang mengikuti pakej kami. Oleh kerana itu, walaupun HARGA adalah penting didalam membuat keputusan pakej mana untuk dipilih, faktor-faktor lain juga perlu diambil tahu oleh bakal-bakal jemaah. Jenis penerbangan, lokasi dan jenis hotel, makanan yang disediakan, jenis kenderaan yang digunakan, samada ada group leader atau tidak, semua komponen ini memberi sumbangan didalam pengiraan kos dan harga sesuatu pakej.

Oleh kerana itu, pakej kami dibahagikan kepada 3 kategori utama

1.  Umrah "Super Selesa"
2.  Umrah Selesa Ekonomi
3.  Umrah Free n Easy

Insha Allah entry akan datang saya akan detailkan satu persatu.


No comments:

Post a Comment