Monday, March 30, 2015

UMRAH CUTI SEKOLAH JUN 2015

Kami telah menyediakan SATU sahaja departure untuk pakej umrah sempena cuti sekolah pada bulan Jun ini. Tarikh yang telah dipilih adalah seperti berikut ;

Penerbangan : Etihad

Butir penerbangan adalah seperti berikut :

Pergi :  Kuala Lumpur / Jeddah

28 Mei 2015  Kul/Auh   EY411  ETD  08.05PM   ETA  10.50PM
29 Mei 2015  Auh/Jed   EY313   ETD  02.00AM  ETA  03.50AM

Balik :  Jeddah / Kuala Lumpur

08 Jun 2015  Jed/Auh   EY312  ETD  05.10PM  ETA  08.55PM
09 Jun 2015  Auh/Kul  EY418  ETD  02.05AM  ETA  01.20PM
                               
Hotel yang akan gunakan untuk pakej ini adalah Hotel Haneen Firdous di Mekah. Hotel ini terletak di Misfalah, belakang Hilton, terletak kira-kira 200m dari Masjidil Haram

Hotel Haneen Firdous Mekah

Lokasi hotel, belakang Hilton di kawasan Misfalah

Di Madinah pula kami bercadang samada untuk menggunakan Hotel Bahauddin. Hotel ini walaupun merupakan sebuah hotel yang agak lama, tetapi lokasinya sangat hampir dengan kawasan pintu masuk wanita. Sedikit set back dari hotel ini adalah tidak membenarkan katering luar untuk memberikan perkhidmatan.


Bahauddin Hotel, terletak di belakang Hotel Oberoi

Pilihan yang kedua adalah Mubarak al-Madinah. Sebuah hotel yang sangat popular dikalangan jemaah Malaysia. 



Lokasi hotel Mubarak al-Madinah

Pakej ini termasuk tiket penerbangan kelas ekonomi seperti dinyatakan diatas, hotel 4 malam di Madinah dan 6 malam di Mekah, makanan 3 kali sehari (fullboard), kecuali dalam perjalanan, kenderaan(bas) sepanjang program, dan visa.

Harga untuk pakej ini adalah RM6,950 untuk berempat, RM7,250 untuk bertiga dan RM7,550 untuk bilik berdua. Kami hanya mempunyai 30 seat sahaja untuk pakej ini. Kalau ada yang berminat sila hubungi kami segera di talian pejabat 03-8912 8982 atau Hj Rosli 013-308 8982, Nor Aziyan 014-355 3848.

Oleh kerana masa yang sudah agak hampir, tempahan perlu disertakan dengan deposit RM1,000. Bayaran penuh 30 hari sebelum tarikh penerbangan. Jemaah juga boleh membuat tempahan melalui telefon diatas dan bank-in terus kedalam akaun kami.

Kaedah bayaran.

1. Deposit RM1,000 waktu tempahan. Tunai di pejabat atau bank in.
2. Baki 30 hari sebelum tarikh penerbangan. Bayaran tunai di pejabat atau bank in.

Jika melalui wakil, sila bayar menggunakan cek berpalang. Segala resit bayaran akan dikeluarkan setelah cek dijelaskan.

Kami ingin memberi yang terbaik buat jemaah kami. Hotel yang berhampiran dan selesa. Kursus umrah pula kami cadangkan pada pertengahan Mei nanti, 2 minggu sebelum tarikh keberangkatan pergi.

Hubungi kami di talian seperti berikut :

Pejabat Bangi : 03-8912 8982
Hj Rosli : 013-308 8982
Puan Nor Aziyan : 014-355 3848




No comments:

Post a Comment