Monday, March 23, 2015

UMRAH FREE N EASY

Pengalaman hampir setiap tahun menunaikan umrah mempertemukan saya dengan berbagai keperluan jemaah. Ada jemaah yang hampir setiap tahun juga menunaikan umrah, ada yang 2 kali setahun, ada yang 2 tahun sekali dan berbagai lagi, ikut kemampuan dan kemahuan masing-masing.

Satu perkara menarik perhatian saya, bila ada jemaah yang bertanya "Tak boleh ke buat pakej yang takde makan dan ziarah? Kami ni dah biasa datang sini, dah tahu nak cari makan kat mana. Ziarah tu pun dah tak perlu lagi..itu itu jugak".

Oleh kerana itu lahirlah pakej ini, UMRAH FREE N EASY. Sesuai dengan namanya, pakej ini sangat santai dan sangat sesuai untuk jemaah yang dah biasa ke tanah haram ini. Apa kelebihan pakej ini?

Kami berasakan bahawa daripada membayar kos makanan, yang kadang-kadang kita pun tak makan, maka lebih baik diganti dengan hotel yang dekat. Cukup ada bilik dan sarapan. Untuk pakej ini kami hanya menyediakan perkara-perkara seperti berikut :

1.  Tiket penerbangan, MAS atau Etihad. Juga boleh naik taraf business class jika mahu
2.  Hotel di Mekah dan Madinah. Di Madinah hotel 3 atau 4 bintang, samada Royal Inn (Dahulu Dyar International) atau Mubarak Madinah atau al Haram. Di Mekah kami menggunakan hotel 5 bintang, Rotana atau Hilton Suites atau yang setaraf dengan nya.
3.  Kenderaan samada van/kereta untuk (1) Airport transfer, Jed/Med dan Mek/Jed  (2) Transfer dari Madinah ke Mekah
4.  Visa umrah

Pakej ini TIDAK menyediakan sebarang mutawif atau group leader. Juga tiada ziarah luar Madinah dan Mekah untuk pakej ini. Walau bagaimanapun, jika ada permintaan pihak kami akan menyediakannya dengan sedikit bayaran tambahan.

Berapa harga pakej ini? Untuk pakej Free n Easy 9H/7M, harga bermula dari RM6590 untuk 4 orang sebilik. Tambahan hari boleh dibuat dengan syarat jemaah memaklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penerbangan.

ROYAL INN MADINAH
 Ini adalah antara hotel yang akan kami gunakan di Madinah. Dulu dikenali sebagai Dyar International.

Hotel di Mekah pula samada Hilton Suites yang terletak betul-betul dibelakang Dar Tawhid. Hotel ini terletak diseberang jalan belakang Dar Tawhid tersebut.

Rotana terleyak didalam kompleks Zam-Zam Tower tersebut. Sangat selesa dan tentunya sangat dekat dengan masjid.
HILTON SUITES (Belakang Dar Tawhid)

Rotana Al Marwa Mekah
Harga promosi untuk pakej ini adalah RM6590 sahaja seorang. Harga ini hanya sah sehingga bulan Mei ini sahaja. 








No comments:

Post a Comment