Friday, February 17, 2017

Umrah Keluarga

Lama rasanya tak update blog ni, kesibukan mengurus jemaah dan juga beberapa urusan lain menyebabkan kekangan masa.

Berbeza dari 10 tahun atau mungkin 5 tahun dahulu, rata-rata hari ini jarang sekali jemaah pergi berseorangan atau sekadar suami isteri. Hari ini kebanyakan nya pergi secara berkeluarga, ibu bapa membawa anak-anak, manakala anak-anak pula membawa ibu bapa. Alhamdulillah satu perkembangan yang sangat sihat.

Sungguhpun begitu antara yang menjadi perkiraan paling penting, khususnya buat anak-anak yang membawa ibu bapa yang agak uzur adalah jarak antara hotel dan masjid, khususnya di Makkah. Dalam masa mereka mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa kedua ibu bapa tersayang, mereka juga cuba mempastikan keselesaan mereka. Kaedah biasanya untuk pakej umrah ini makin dekat hotel makin mahal lah harganya..




Menyedari hakikat ini, dan dengan hasrat untuk membantu keluarga ini menunaikan umrah dengan hotel yang dekat tetapi pada kadar harga yang mampu, kami mempelopori Pakej Umrah Keluarga (Umrah Family). Asas kepada pakej ini adalah

1. Semua yang tinggal sebilik MESTILAH MAHRAM antara satu sama lain.

2. Konsep asas nya juga adalah seperti kita balik kampong ketika musim perayaan. Balik rumah ibubapa dan apabila waktu tidurnya, ada yang tidur di ruang tamu, di beranda dan lain-lain. Maknanya bilangan katil TIDAK SAMA dengan bilangan penghuni bilik tersebut.

3. Makan sendiri di Makkah. Tiada makanan disediakan kecuali sarapan. Di Madinah full board. Kenapa?? Dihotel 5 bintang tidak dibenarkan catering luar, nak ambil bilik dengan full board harganya mahal, sehingga SR150 sehari untuk seorang. Sedangkan nilai yang kita makan tu tak sampai pun SR30. Dan di Makkah ada banyak restoren...termasuklah restoren Dsaji yang menyediakan makanan Malaysia. Berbeza di Madinah yang agak sukar untuk mencari tempat makan..

4. Harga yang diberi adalah harga "sefamily", bukan harga individu. Maka kerana itu, setiap pertanyaan berkatan Umrah Family ini mestilah disertakan dengan :
      a) Jumlah ahli keluarga
      b) Umur jika ada kanak-kanak atau infant
      c) Bilangan lelaki dan perempuan





Untuk menjayakan pakej ini kami akan menggunakan hotel Retaj Al Bayt Suites di Makkah. Hotel 5 bintang ini terletak betul-betul dihadapan Masjidil Haram didalam Menara Zamzam. Hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel didalam menara jam ini yang mempunyai lift terus ke tingkat bawah tanpa melalui "transit lift".

Jenis bilik yang digunakan adalah "duplex suite", Bilik 2 tingkat dimana ditingkat atas terdapat katil dan bilik air. Ditingkat bawah pula terdapat sofa, meja makan, pantry dan satu lagi bilik air. AC dan TV terdapat disetiap tingkat. Dengan perkataan lain. sebuah bilik mewah dan selesa.
Retaj Suite - ruang tamu tingkat bawah

Retaj Suite - tingkat atas. Ruang tidur


Meja makan, sofa dan pantry, tingkat bawah

Lift terus ke ground floor dan dataran masjid


Di Madinah kami menggunakan hotel Royal Makarem yang terletak sekitar 100m dari Masjid Nabawi. Strategiknya lokasi hotel ini adalah kerana letaknya di pintu 25 masjid ini yang merupakan pintu masuk utama kaum wanita. 






Kami juga menawarkan 2 jenis pakej Umrah Family ini 

1. Umrah Family Group Departure
Family akan pergi dengan family yang lain, berkongsi bas, dan semua sessi sepanjang perjalanan     musafir ini. Jadual adalah seperti yang telah ditetapkan oleh kami.

2. Umrah Family Private
Hanya family ini sahaja, maka jadualnya fleksibel. Ahli keluarga boleh mengubahsuai jadual ikut kesesuaian. 

Hasrat kami membantu keluarga untuk menunaikan umrah dalam keadaan yang selesa tetapi mampu. Dengan sedikit pengorbanan "tidur tanpa katil", jemaah akan tinggal dihotel yang menjadi idaman setiap jemaah umrah...hotel dikaki masjid dan dalam harga yang mampu untuk dimiliki.

Boleh lihat detail dan tawaran dari masa kesemasa

www.facebook.com/umrahfamily
www.umrahselesa2u.com

Harapan kami dengan penyediaan Pakej Umrah Family ini akan lebih ramai anak-anak yang akan membawa ibubapa menunaikan umrah kerana tahu bahawa telah tersedia sebuah pakej yang sangat sesuai untuk setiap keluarga...Umrah Family

Opsss...ada lagi. Kalau berminat kami boleh mengaturkan ziarah untuk family anda ke Taif, insha Allah

Enjoy gambar-gambar di Taif ni...sikit je ni






Semoga bermanafaat.







Tuesday, November 22, 2016

RM VS SR

Peristiwa hujung tahun lepas berulang lagi, tapi kali ini lebih dahsyat lagi. SAR lari terlalu laju, RM dah tak terkejar dah...huhuhu

Kadar pertukaran 22/11/2016



Apa kesan nya...

1. Kos pengurusan di tanah suci meningkat secara mendadak
2. Ketidakpastian dalam pengiraan kosting, maka ada faktor tambahan dalam pengiraan
3. Kuasa beli para jemaah menurun

Apa solusinya...

Antara yang boleh difikirkan...

1. Mengurangkan bilangan hari, boleh tiru macam pakej regular Indonesia 9H/7M sahaja
2. Mengurangkan bilangan ziarah kepada yang standard seperti dulu-dulu, di Makkah hanya sekali sahaja. Boleh diganti dengan kuliah dhuha dan yang seperti nya.

Para bakal tetamu Allah juga perlu memahami situasi ini. Kalau masih mahukan pakej-pakej dengan hotel yang dekat, makanan yang bagus-bagus, ziarah dan mutawif, maka mereka perlu membayar lebih dari harga biasa....bukan harga di tanah suci itu meningkat, tetapi nilai matawang kita yang merudum. Maknanya, kalau nak bayar ikut harga sekarang, kualiti perkhidmatan akan dikurangkan, contohnya, hotel akan lebih jauh. Kalau nak kualiti perkhidmatan yang ada sekarang, maka bersedia untuk membayar agak lebih..



Di pihak pengurus-pengurus pakej pula perlu ada kekuatan disaat ini. Dalam keadaan ekonomi yang begitu sukar, ditambah dengan caj visa SR2000 dan terkini nilai ringgit yang semakin lemah, perlu semangat yang luar biasa untuk meneruskan khidmat ini. Perbetulkan nawaitu, bukan sekadar berbisnes mencari keuntungan, tetapi berbisnes untuk membantu memudahkan bakal-bakal tetamu Allah. Pastinya dihujung nanti ada sinar yang menanti...insha Allah.

Walaupun kita berharap senario ini adalah sementara, tetapi ikut trend ekonomi dan faktor-faktor luaran, rasanya harapan akan tinggal harapan..

Semoga bermanafaat..

Friday, October 21, 2016

Visa umrah SR2,000

Sekarang sudah pasti rasanya bayaran untuk visa umrah kali kedua sebanyak SR2,000 itu akan dilaksanakan. Mengharapkan yang sebaliknya...bukan mustahil tetapi terlalu tipis harapan nya walaupun masih kedengaran beberapa negara masih merayu kepada Raja Arab Saudi untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Jadi untuk menjelaskan sedikit sebanyak kekeliruan jika ada, saya cuba ringkaskan sahaja,

"Kalau anda pernah pergi umrah pada tahun 2014M(bersamaan 1435H), 2015(bersamaan1436H) dan 2016(bersamaan 1437H), maka anda adalah orang yang terlibat dan "terkena" bayaran visa SR2,000 ini, perhatikan betul2, bukan RM ye, Saudi Riyal"

Yang lain-lain tu tak payah ambik tahu lah, tak berkaitan sangat dengan kita pun.

Apa kesannya...kos umrah akan naik lebih kurang 30% - 45%. Contoh, kalau harga pakej umrah RM6,000 dan ada kena bayar visa umrah sebanyak RM2,300, maka pakej umrah anda akan menjadi RM8,300..huhuhu. Kalau pakej paling murah RM5,000, anda kena bayar duit visa hampir 50% dari harga pakej...Allahu.. banyak tu

Yang kesian sangat sebenarnya mereka yang telah benar-benar berhasrat untuk pergi ke Mekah pada awal musim ni, dah kumpul duit lepas balik dari umrah tahun 2014 dulu, hasrat dihati tiga tahun sekali nak pergi umrah. Kalau seorang mungkin ada ampun nya lagi, tapi kalau satu keluarga seramai 5 orang, bayangkan nak cari bajet tambahan hampir RM11,000 dalam masa yang singkat..maka keputusan akhirnya batal...



Mungkin ada orang kata, yang pergi umrah ni orang banyak duit, so no problem lah. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah pergi umrah, jika boleh sampai je di Malaysia, dah plan nak pergi lagi...kenapa ...tanyalah mereka. Rindunya menjadi tetamu Allah ini, hanya mereka yang pernah menjadi tetamu Nya sahaja yang memahaminya.

Kepada pengendali pakej umrah, ini juga merupakan cabaran yang besar. Menjelaskan kepada para jemaah yang telah mendaftar dan yang lebih memeningkan kepala apabila jemaah ambil keputusan membatalkan pemergian. Booking dan deposit tiket dah bayar, ada yang dah bayar deposit hotel, bukan mudah nak cari pengganti, apatah lagi pakej-pakej yang tarikh keberangkatannya sekitar pertengahan November ini...

Gambar-gambar terkini di Masjidil Haram...semoga dipermudahkan hajat kita untuk sampai kesini


Tingkat atas




Hanya Allah yang tahu rahmat disebalik keputusan kerajaan Saudi ini..

Semoga bermanafaat...


Wednesday, October 12, 2016

Musim baru umrah 1438H - Tips pemilihan pakej

TIP 1 - Pemilihan flight


Flight yang selesa tentulah direct flight, dan didalam direct flight ini pun ada perbezaannya. Samada direct flight Kuala Lumpur - Jeddah - Kuala Lumpur, atau Kuala Lumpur - Madinah, Jeddah Kuala Lumpur, ataupun Kuala Lumpur Jeddah, Madinah Kuala Lumpur.



Untuk itinerary begini, flight yang ada hanyalah Saudia atau charter flight MAS.

Walau bagaimanapun, kita boleh memilih syarikat penerbangan Arab sebagai alternatif. Walaupun penerbangan transit, tetapi perjalanannya sangat selesa. Kalau Emirates transit di Dubai, Etihad transit di Abu Dhabi dan kalau Qatar transit di Doha. Pengalaman peribadi saya, jika nak masuk Mekah dan terus menunaikan umrah, ada baiknya penerbangan transit Arab ni. Kita tak perlu berpakaian ihram di KLIA tapi boleh memakai ihram di airport transit tersebut, jadi taklah lama sangat pakai ihram yang agak tidak menyelesakan khususnya bagi orang lelaki.



Jika boleh elakkan penerbangan dari negara-negara seperti Pakistan, Bangladesh atau yang setaraf dengannya. Biasanya, flight ini akan transit bermalam di negara mereka dan kadang-kadang connection flight delay. Ini tentunya menyusahkan para jemaah dan boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Kelebihannya...harga nya agak murah. Maka jika ada masaalah yang timbul, maka para jemaah kenalah banyak-banyak bersabar....dugaan. Jangan sampai hilang mood untuk menunaikan umrah ya...

Tip 2 - Hotel

Pilih hotel yang paling dekat didalam kemampuan anda. Lokasi hotel sedikit sebanyak akan menyumbang kepada keupayaan anda untuk berulang alik beribadah ke masjid. Jika mampu, boleh duduk dihotel sekitar Zamzam Tower, mahal...memang mahal tetapi jika kudrat kita makin berkurangan, inilah pilihan yang ada.

Zamzam Tower. Hotel Pullman, Moevenpick, Raffles dan beberapa lagi


Penting juga untuk diketahui dibelah mana hotel yang dikatakan itu. Kalau dikawasan Ajyad, kalau dari pintu King Abd Aziz, kawasan ini terletak disebelah kiri apabila keluar masjid, adakah hotel itu terletak dikawasan bukit kerana kebanyakan hotel dikawasan tersebut memang terletak dikawasan bukit. Apatah lagi kalau berkerusi roda, elakkan lah hotel-hotel dikawasan seperti ini.

Yang agak landai adalah kawasan Misfalah, kawasan dibelakang Hilton lama. Maka jika rasanya kudrat makin berkurangan, carilah pakej dengan hotel-hotel nya dikawasan Misfalah ini.

Antara hotel yang saya selalu gunakan..

Burj Al Sultan, Makkah kawasan Misfalah


Royal Makarem, Madinah


Tip 3 - Makanan

Kebanyakan pakej menyediakan makanan 3 kali sehari, yang tersembunyi dan tak diberitahu adalah sajian nya. Seperti kita menempah perkhidmatan catering disini, yang ada berbagai kategori, begitu juga di Mekah dan Madinah ini. Maka bertanya lah kepada penyedia pakej tentang sajian makanan mereka. Cakap mudahnya, semakin murah harga pakej, tentunya kita boleh jangka sajian makanan nya. Saya berpengalaman bagaimana pakej hanya menyediakan sarapan berupa nasi putih, sup, sambal dan telor rebus sahaja selama 10 hari...roti pun tak ada... Wallahua'lam, bukan pakej harga murah pun..RM6500 tu. Kesian dengan para jemaah nya...


Catering di Makkah


Kesimpulan

Jangan melihat kemurahan harga pakej sahaja, pastikan jenis penerbangan, lokasi dan jarak hotel dan juga sajian makanan. Tuan/Puan berhak untuk tahu apa yang kita beli...

Biar menang membeli dan menang memakai. Bila tiba disana, penyesalan dah tiada gunanya...

Semoga bermanafaat...

Hotel Dekat Vs Hotel Jauh

Lokasi hotel merupakan salah satu elemen penting didalam pemilihan dan seterusnya harga sesebuah pakej umrah. Selain tiket penerbangan, kos hotel adalah penyumbang kedua terbesar kepada keseluruhan kos umrah. Yang pastinya para jemaah akan mencari hotel yang seberapa hampir dengan Masjidil Haram. Di Madinah tidak menjadi masaalah kerana kebanyakan hotel disekitar Masjid Nabawi. Walau bagaimanapun di Mekah tiada hotel murah yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram, paling-paling dekat pun sekitar 200-250 m.

Lokasi hotel sekitar Masjidil Haram

Kebanyakan jemaah mengharapkan penyedia pakej menggunakan hotel yang dekat tetapi pada harga yang jimat...malang nya itulah yang tidak dapat dipenuhi oleh penyedia pakej. Makin dekat hotel itu dengan masjid, makin mahal lah harganya. Itu tak termasuk lagi harga yang melambong tinggi waktu Ramadhan dan peak season bulan Nov hingga Feb.

Walau bagaimanapun kami cuba mencari sedikit alternatif kepada pilihan ini. Kami menawarkan kepada para jemaah untuk menggunakan Hotel Retaj Al Bayt yang terletakdi ZamZam Tower di Mekah dengan kombinasi hotel Royal Makarem di Madinah. Berkaitan makanan pula, jemaah akan disediakan full board di Madinah, manakala di Mekah hanya sarapan sahaja. (Walau bagaimanapun pakej makanan ini ada beberapa pilihan lagi, bergantung kepada kemampuan jemaah).





Harganya mungkin lebih mahal sekitar RM1,000 seoarang untuk bilik berempat, tetapi apalah yang nak dibandingkan nilai RM1,000 itu dengan keselesaan untuk pergi ke masjid. Mungkin ada yang beranggapan tak perlulah hotel mahal begitu, kebanyakan masa kita berada di masjid. Mungkin benar, tetapi apabila kudrat dan tenaga semakin berkurangan, makan pula dah tak berapa nak lalu,baru kita tahu betapa jarak antara hotel dan masjid itu sangat mempengaruhi sebenarnya. Kadang-kadang tu terjumpa kawan-kawan di masjid, sambil bertanya awak duduk hotel mana..kawan tu pun jawab..tu dalam menara jam tu. Kita tanya lagi, berapa harganya? Dia kata sekian-sekian...lah beza RM1,000 je dengan hotel aku yang kat belakang tu ....dalam hati lah kut. Waktu ini penyesalan dah tiada maknanya tuan/puan.

Bilik duplex, ruang tamu dibawah dan bilik diatas.
Dibawah dan diatas ada bilik air masing.




Juga, walaupun kita dok kata mahal lah, bukan mudah sebenarnya untuk booking hotel begini, terutamanya waktu peak season. Maka perancangan awal sangat diperlukan. Lokasi yang dekat, kemudahan dan prasarana yang baik, tempat makan dan shopping menjadikan hotel-hotel ini pilihan utama orang-orang Arab dan lain-lain negara seperti Singapura, Brunai dan sebahagian pakej dari Indonesia.

Makanya jika tuan/puan bercadang untuk menunaikan umrah dengan hotel yang dekat begini, rancanglah dari awal dan berbincanglah dengan agensi tuan/puan atau dengan kami pun sangat dialu-alukan.

Semoga bermanafaat...

Thursday, June 2, 2016

HOTEL DIMEKAH

HOTEL DI MEKAH - BURJ AL SULTAN

Bersesuaian dengan matlamat kami, selesa tapi mampu, hotel utama yang kami gunakan di Mekah adalah Burj al-Sultan
Terletak kira-kira 250 meter dari Masjidil Haram di kawasan Misfalah. Perjalanan yang mendatar ke masjid dan tidak mendaki dan tentunya selesa bagi jemaah untuk berulang alik ke masjid.
Kedudukan yang mendatar juga akan memudahkan mana-mana jemaah yang menggunakan kereta sorong dengan dibantu oleh sanak saudara.

Lokasi hotel




Badal Haji 2016

PAKEJ BADAL HAJI

Takziah daripada kami diatas kehilangan ahli keluarga tersayang. Kami mendoakan agar almarhum/almarhumah diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Yang pergi telah pun pergi, namun tanggungjawab kita sebagai waris jangan dilupakan.
Lantaran itu, mari kita semak;-
SUDAHKAH segala hutang-hutang nya dijelaskan, jika ada
SUDAHKAH difidyahkan segala hutang puasanya, jika ada
SUDAHKAH dibayar zakat hartanya
dan
SUDAHKAH almarhum/almarhumah menyempurnakan Rukun Islam ke 5, menunaikan Haji
Jika belum, jika ada hartanya, maka sempurnakanlah Badal Haji nya sebelum hartanya difaraidkan.
Namun jika tiada hartanya, tidak kah anda mahu menjadi anak-anak yang soleh/solehah dengan membantu almarhum/almarhumah menyempurnakan ibadah hajinya.
Lantaran itu, tunaikan lah Badal Haji untuk almarhum/almarhumah tersayang

Apakah maksud Badal Haji
Badal Haji bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.
Jika seseorang itu belum mengerjakan haji sewaktu masih hidup, sedangkan dia mampu, maka WAJIB bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya. Jika dia belum mengerjakan haji kerana tidak mampu, maka SUNAT bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Bagaimana kami membantu anda
Kami akan membantu anda mengupah petugas2 haji yang berkelayakan untuk mengerjakan badal haji bagi pihak almarhum/almarhumah kesayangan anda.
Pakej badal haji kami ini mengandungi :-
  • Haji
  • Umrah
  • Air zamzam 5L
  • Sejadah
  • Sijil Badal Haji

Bagaimana untuk mendaftar
Sila hubungi kami ditalian 013-308 8982 (Hj Rosli) atau email roslipdc@gmail.com